Showing posts with label daging rusa. Show all posts
Showing posts with label daging rusa. Show all posts

Thursday, September 11, 2008

Resepi Daging Rusa 2

RENDANG DAGING RUSA









bahan-bahannya:-
1 kilo daging

bahan-bahan yg dikisar:-A
5 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
20 biji cili padi
1 1/2 inci halia
1 1/2 inci kunyit
2 batang serai
3 sudu besar ketumbar
2 sudu besar jintan halus/manis
2 biji buah keras
segenggam cili kering- direndam

bahan- bahan:-B
1 inci lengkuas - dititik
4 sudu besar kerisik
1 helai daun kunyit
10 helai limau purut
2 kotak kecil kelapa
1 cawan minyak masak
8 sudu besar gula - anda boleh kurangkan atau lebihkan ikut suka anda
1 sudu besar garam - anda boleh kurangkan atau lebihkan ikut suka anda

cara-caranya:-
1. Daging dipotong sederhana kemudian dicuci dan di toskan.
2. Kisar bahan-bahan A tadi.
3. Panaskan minyak, selepas tu tumiskan bahan kisar tadi hingga naik aromanya.
4. Masukkan daging dan kesemua bahan-bahan B tadi dan biarkan sampai daging lembut dan kuahnya pekat... dan jangan lupa sesekali kuahnya dikacau....

Resepi Daging Rusa 1

Rusa Black Pepper





Bahan-bahan nya
1 kg daging rusa
2 sudu mkn black pepper sauce
5-6 ulas bawang putih
1/4 sudu teh lada hitam
Minyak utk menumis
1-2 lada capsicum (hijau, merah, kuning terpulang ikut selera)
1 biji bawang dihiris kasar2
Garam secukup rasa

Cara memasak
Hiris daging dlm ketebalan 1", jgn terlalu tebal nanti lambat nak empuk. Perap dgn 1 sudu makan black pepper sauce, sedikit garam. Perap utk seketika.

Panaskan minyak tumis bawang putih, masukkan daging, lada hitam, garam, baki black pepper sauce. Masak sehingga daging empuk, kemudian masukkan capsicum & bawang potong. Kalau suka boleh tambahkan daun bawang.

BERITA MENGENAI DAGING RUSA

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Promosi yang terhad dan bekalan yang tidak mencukupi selain harga yang mahal mengekang perkembangan pasaran daging rusa dan burung unta dalam negara, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari Rabu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed berkata ini juga kerana syarikat yang terlibat dalam penternakan haiwan itu sangat kecil walaupun potensi untuk mengembangkan industri itu amat besar.

"Promosinya terhad kerana bilangan syarikat atau individu terlibat tidaklah begitu ramai tetapi potensinya cukup besar kerana kedua-dua jenis daging ini mengandungi protein yang tinggi dan kolestrol rendah.

"Tetapi oleh kerana bekalan terhad maka ini mengekang perkembangan pasaran dan harganya pun agak tinggi di mana daging rusa berharga RM40 hingga RM50 sekilogram," katanya menjawab soalan tambahan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) di sini.

Mustapa berkata kementerian melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar sentiasa memberi bantuan dalam bentuk khidmat nasihat dan teknikal kepada penternak selain Agro Bank yang sentiasa bersedia untuk menimbangkan permohonan pinjaman daripada penternak yang berminat.

"Memandangkan penternakan rusa dan burung unta ini mempunyai potensi besar untuk industri hiliran dan pelancongan agro, maka kerajaan akan menggalakkan penternakan haiwan ini dan jabatan juga menerima beberapa cadangan untuk memajukan sektor ternakan haiwan terbabit dan akan memberi pertimbangan serius terhadap cadangan itu," katanya.

Terdahulu ketika menjawab soalan asal Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar), Mustapa berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar mempunyai dua buah ladang rusa iaitu di Sungai Siput dan Lenggong, Perak.

"Pada masa ini jumlah rusa yang diternak ialah kira-kira 1,113 ekor di Sungai Siput dan 1,200 ekor di Lenggong manakala burung unta sebanyak 115 ekor di Sungai Siput," katanya.

Beliau berkata rusa yang diternak diimport dari Mauritius dan New Caledonia manakala burung unta dibawa masuk dari Afrika Selatan.

"Pada masa ini bilangan penternak yang terlibat dengan penternakan rusa ialah seramai 142 orang dengan jumlah rusa yang diternak sebanyak 15,830 ekor manakala hanya terdapat 21 orang penternak burung unta dengan jumlah ternakan 1,170 ekor," katanya.

-- BERNAMA